PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN: Sebahagian atau semua berita yang disiarkan di Laman Web ini merupakan Berita Rekaan Semata-mata. Pembaca yang sampai ke laman web ini untuk mencari berita yang sahih adalah dikehendaki meninggalkan laman web in serta-merta dengan mengetik PAUTAN ini. Jika pembaca memilih untuk terus membaca, pembaca adalah dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang berita yang disiarkan di Laman Web ini.

Media Janji Akan Bersikap Adil

Tarikh.
NAMA TEMPAT: Semua media di negara ini berjanji akan menyampaikan berita dengan adil dan profesional. Persatuan Penyampai Berita negara ini telah bersetuju dengan sebulat suara untuk tidak berpihak kepada mana-mana golongan tertentu apabila menyampaikan berita. Organisasi-organisasi penyampai berita perdana yang kebanyakannya dibiayai oleh orang awam di negara ini berjanji tidak akan mensia-siakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka untuk menyiarkan berita yang sahih dan tidak diberatkan kepada mana-mana pihak serta tidak menindas kumpulan-kumpulan tertentu.

Salah sebuah saluran televisen yang terkemuka di negara ini berkata bahawa mereka akhirnya telah insaf dengan perbuatan mereka selama ini yang seringkali menyampaikan berita yang sangat jelas menunjukkan bahawa mereka tidak profesional dan memasukkan unsur-unsur pendirian peribadi, serta prejudis ke dalam sesuatu berita yang disampaikan. Sementara itu, sebuah akhbar yang terkenal turut meminta maaf kepada orang ramai di atas berita-berita berat sebelah yang disampaikan oleh akhbar itu sejak berpuluh-puluh tahun akhbar tersebut diterbitkan.

Kebanyakan orang awam yang ditemui oleh Berita Hairan Online setakat ini berasa amat gembira dengan perkembangan ini dan menyifatkan hal ini sebagai satu anjakan paradigma yang sangat penting di dalam sejarah media di negara ini. -Tukang Karut